“Umur makin tua tapi malas cari calon, sampailah aku jumpa suami orang ni, aku tengok isteri dan anak-anak dia bahagia, aku teringin masuk dalam keluarga ni”

Salam semua. Aku tak nak intro panjang, tak guna pun. Korang bukan kenal aku. Tapi aku nak kongsikan 2 kisah kepada pembaca kat sini semua.

Apa yang baik, korang jadikan teladan. Mana yang tak baik. Jangan ikut dan jauhkan. Dua kisah pertama ni, berlaku dalam waktu yang beza.

Kisah pertama, zaman aku sekolah. Kisah kedua, berlaku sekarang. Tapi sedikitnya ada kaitan.

"Umur makin tua tapi malas cari calon, sampailah aku jumpa suami orang ni, aku tengok isteri dan anak-anak dia bahagia, aku teringin masuk dalam keluarga ni"

Kisah pertama. Aku sekolah menengah di sekolah kawasan luar bandar. Dalam setengah jam baru sampai bandar. Tapi bukan lah kawasan kampung atau pendalaman. Cuma luar bandar sikit sahaja. Sekolah aku campur lelaki dan perempuan.

Masa tingkatan dua, aku jadi pengawas percubaan setahun. Masa tu aku dah aktif kat sekolah, sukan hoki perempuan, bola baling, kawad kaki kadet polis dan macam – macam pertandingan aku join. Jadi, dari situ aku dah banyak kenal cikgu – cikgu sebab mereka banyak asuh dan latih aku dalam sukan dan pertandingan.

Baca Artikel Penuh