Umum batal ordinan darurat, sah Takiyuddin hina Dewan

Oleh MHDAILY

Susulan kenyataan Istana Negara bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi kenyataan yang salah berhubung pembatalan Ordinan Darurat, keadaan Dewan Rakyat menjadi tegang.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) bangkit membacakan secara spesifik perenggan di mana Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa dengan kenyataan Takiyuddin pada 26 Julai.

Anwar memberitahu Dewan, kenyataan Takiyuddin bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah ia menghina institusi diraja, serta mengelirukan Dewan dan rakyat.

Baca Artikel Penuh