Umno Sabah mahu tanding 10 hingga 13 kerusi parlimen

Oleh MHDAILY

Umno Sabah menyasarkan sekurang-kurangnya 10 hingga 13 kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, mengikut fakta pada PRU ke-14, UMNO diberikan kerusi untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Parlimen Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.

Menurutnya, sasaran itu berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihanraya (JUARA) UMNO Sabah di mana Sekretrariat Penyelidikan yang di pengerusikan oleh Ir Shahelmey Yahya bersama jawatankuasa akan membuat penyelidikan tentang kekuatan sokongan rakyat kepada UMNO bagi kerusi yang dituntut.

Baca Artikel Penuh