Umno nak tunggu apa lagi? Putus hubungan dan keluar dari kerajaan sekarang, kata Ku Li

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli dan pemimpin Umno segera meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, menurut Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah “mengugut” untuk “membuang” pemimpin dan ahli Umno.

“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Muhyiddin dah ugut hendak buang kita.

“Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Li turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Umno segera mesyuarat dan meminda keputusan agar tidak perlu menunggu parlimen dibubar untuk meninggalkan PN.

“Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tak ada faedah dan tak ada kesan,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565320