Panas !!! Umno beri notis 14 hari atau keluar kerajaan?

Umno beri notis 14 hari atau keluar kerajaan? Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis 14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang Parlimen.

(Laporan awal bahawa notis 14 hari tersebut diikuti dengan keluar kerajaan adalah tidak tepat).

Sekiranya selepas tempoh 14 hari tiada sidang Parlimen satu lagi mesyuarat biro politik dan MT UMNO akan diadakan.

Dalam masa yang sama biro politik yang dipengerusi oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi juga memutuskan darurat mesti ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

Umno beri notis

Walaupun terdapat perubahan dan penafian mengenai mesyuarat biro politik malam ini, namun salah seorang pemimpin UMNO mengesahkan berlaku mesyuarat secara maya dan keputusan mesyuarat malam ini.

“Terdapat juga pemimpin kanan UMNO yang menyata kurang bersetuju dan mahukan diadakan perbincangan dalam MKT UMNO terlebih dahulu. Mesyuarat bersetuju meneruskan notis 14 hari.”

Pemimpin tersebut juga mengesahkan notis mesyuarat bertukar sebanyak tiga kali.

“Notis pertama menjemput mesyuarat secara bersemuka pada jam 3 petang, tetapi kemudian ditukar kepada 8 malam. Akhirnya notis ketiga memaklumkan mesyuarat secara maya sahaja.”

Sementara itu seorang ahli MKT yang dihubungi berkata jika benar ia keputusan malam ini walaupun sebulat suara ia bukanlah keputusan rasmi parti.

“Saya tidak ada dalam mesyuarat. Namun jika benar hanya ada dua entiti boleh membuat keputusan parti iaitu Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO. Dalam konteks ini keputusan biro politik perlu dibawa kepada MKT UMNO terlebih dahulu.”

Ditanya sama ada MKT UMNO akan menyokong pendirian ini, Ahli MKT tersebut menjawab, “Kita tunggu dan lihat. Berbanding biro politik yang dipenuhi orang Presiden, MKT mungkin mempunyai pandangan berbeza.”

Berita Penuh :https://suara.tv/20/06/2021/biro-politik-umno-putus-keluar-kerajaan-dalam-masa-14-hari/

COMMENTS

Wordpress (0)