Umat Islam dinasihatkan tidak panik jika termakan daging haram – Dusuki

Oleh MHDAILY

Umat Islam dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang jika tidak mengetahui bahawa daging yang dimakan adalah dari sumber yang haram di sisi agama.

Pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, beliau sedar isu kartel daging menjadi kebimbangan masyarakat ketika ini namun Islam mempunyai penyelesaian terhadap isu tersebut.

Katanya, dalam Islam terdapat satu konsep yang digelar umum al-balwa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œDalam isu daging yang tular ketika ini, kalau kita sudah makan dan tak tahu halal atau haram, tapi dah masuk tubuh badan, ia dipanggil umum al-balwa iaitu satu benda yang sudah lepas, yang tak perlu lagi untuk kita cari dan cungkil lagi.

โ€œTapi kalau tahu daging itu haram, jangan makan kerana Rasulullah pesan mana-mana daging tumbuh dari sumber haram, maka neraka yang sesuai untuk mereka, kalau yang dah lepas tak jadi masalah,โ€ katanya menerusi sebuah akaun media sosial baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menasihatkan kepada umat Islam supaya bertaubat jika termakan daging yang haram.

โ€œKita diajar untuk istighfar dan bertaubat kepada Allah, ada sesetengah ulama yang baca ayat al-Quran untuk menjadikan benda yang haram neutral balik, banyakkan baca zikir dan sebagainya,โ€ katanya.

Terdahulu, sebuah kartel didapati menyeludup daging sejuk beku dari negara asing dengan membungkus semula daging itu menggunakan logo halal dan menjualnya dalam pasaran tempatan di seluruh negara.

Kegiatan itu akhirnya terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Berita penuh :ย https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/jangan-risau-kalau-termakan-daging-haram/