Ubahsuai Seri Perdana : Najib sekolahkan Muhyiddin

Ubahsuai Seri Perdana : Najib sekolahkan Muhyiddin. Muhyiddin Yassin meluluskan pengubahsuaian RM38.5 juta di Seri Perdana kerana beliau mahu pindah ke kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, kata Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah yang Muhyiddin sekarang menggunakan beliau (Najib) sebagai alasan untuk pengubahsuaian.

“Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ianya niat kamu untuk belanja RM38.5 juta untuk kediaman pada ketika sendiri beritahu rakyat bahawa kerajaan tak ada banyak wang lagi untuk bantu rakyat,” tulis bekas perdana menteri itu di media Facebook rasminya.

Beliau menjawab alasan Muhyiddin mengapa kediaman rasmi perdana menteri perlu diubahsuai.

Pengerusi Bersatu juga mendakwa candelier dan perabot adalah antara barang yang dikeluarkan dari Seri Perdana ketika Najib mengosongkan kediaman berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2018.

Ubahsuai

Najib membalas dengan berkata hanya mereka yang “tertipu” oleh manifesto Pakatan Harapan (PH) percaya beliau mengeluarkan perabot dan barang lain dari Seri Perdana.

Najib menambah beliau hanya mengeluarkan barang dan perabot peribadi yang dibeli dengan wangnya sendiri.

Najib berkata “alasan sebenar” untuk ubah suai, termasuk meluaskan dapur yang dianggap terlalu kecil, adalah kerana Muhyiddin mengarahkan kerja ubah suai kerana “beliau ingin pindah ke sana”.

Beliau juga berkata kakitangannya, ketika mengeluarkan barang-barang peribadi, hadiah, cenderamata, dan perabot dari kediamannya, diberitahu mengenai rancangan pengubahsuaian oleh pengurus baharu dilantik.

“Itulah kisah sebenarnya,” katanya menerusi catatan di akaun media sosialnya.

Najib berkata beliau dan keluarganya hanya diberi “beberapa jam” untuk meninggalkan Seri Perdana “kerana perdana menteri ketujuh”, yang dimaksudkannya Dr Mahathir Mohamad, percaya terdapat banyak rahsia tersimpan di sana.

Bagi mengambil perabot dan barang lain yang ditinggalkan, Najib berkata pada Ogos 2018, beliau menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri untuk meminta persetujuan mengambil barang-barangnya yang masih tertinggal di Seri Perdana.

Beliau berkata suratnya tidak dijawab.

Najib kemudian membuat permintaan sekali lagi pada Ogos 2019.

Tetapi hanya pada Oktober 2020, Jabatan Perdana Menteri memberi maklum balas dan membenarkannya mengambil barang-barang yang disenaraikan, termasuk perabot.

Bagaimanapun, ia dibenarkan dengan syarat beliau dapat membuktikan pembeliannya dan bukan aset kerajaan.

Najib berkata, senarai barang yang dintakan diperiksa dan diluluskan untuk dikeluarkan.

Beliau berkata pada 18 November, Jabatan Perdana Menteri mengirimkan surat lain yang memberitahunya agar mengambil barang berdasarkan senarai yang sudah dimuktamadkan.

“Diberi tempoh masa 2 minggu kepada pihak saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Disember 2020,” katanya.

Ketika kakitangannya mengeluarkan barang yang mereka dibenarkan mengenai alasan pengubahsuaian oleh pengurus Seri Perdana yang baharu.

Pengurus itu, kata Najib, kemungkinan bersaudara dengan Muhyiddin.

Najib berkata “perabot lama” yang dikeluarkannya dari Seri Perdana masih disimpan di gudang kerana “saya masih berpuas hati dengan perabot saya di rumah saya”.

“Tak digunakan langsung.”

Beliau berkata jika kerajaan mahukannya, beliau sanggup memberikannya secara percuma.

“Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang warehouse untuk pilih,” katanya.

Kos pengubahsuaian itu mendapat kritikan dengan ramai mempersoalkan mengapa begitu banyak wang harus dibelanjakan ketika ekonomi negara dilanda wabak.

Sumber:

BACA: Puncanya bergaduh dalam FB, berkesudahan dengan bakar membakar kereta