UAS akui pernah ada gejala Covid-19, namun tak mahu buat saringan

UAS akui pernah ada gejala Covid-19, namun tak mahu buat saringan. Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengaku pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan, lapor Suara.com semalam.

Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu tetapi ada mengalami gejala serupa.

Kata UAS, pada waktu itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.

UAS

“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.

Baru-baru ini, UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/13/uas-tolak-ujian-saringan-covid-19-walaupun-ada-gejala/

Jika Terlepas: Panas !!! Pemimpin Umno cabar Adun Bersatu, kalau berani tariklah diri