Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut

Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut. bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akhirnya tampil memberi penjelasan Selepas dikecam pelbagai pihak berkaitan isu tuntutan kumpulan Sulu.

Beliau yang dilantik sebagai Peguam Negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Jun 2018 sebelum meletak jawatan pada penghujung Februari 2020, dilapor menulis surat berkenaan kepada peguam lapan individu Sulu.

Dalam penjelasannya , Tommy berkata, kandungan Perjanjian 1878 berhubung penyerahan sebahagian besar Sabah oleh Sultan Sulu, Sultan Mohamet Jamal Al-Alam kepada dua wakil dan ejen Syarikat Borneo Utara British dideraf dengan jelas.

Katanya, perjanjian itu mempunyai kesan perundangan yang menujukkan hasrat kedua-dua belah pihak supaya ia dikuatkuasakan mengikut undang-undang.

Beliau menjelaskan, tiada sebarang kandungan utama dalam perjanjian itu yang menunjukkan ia mempunyai maksud samar-samar, sebaliknya jelas menyatakan tanah yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan diserahkan untuk selama-lamanya.

Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut

Baca Artikel Penuh