Tunjuk sokongan, Anwar berhak lakukannya – MP PKR

Oleh MHDAILY

Presiden PKR Anwar Ibrahim berhak menunjukkan bukti dirinya mendapat sokongan daripada 113 anggota parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri, kata anggota parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

“Saya rasa jika berita itu benar bahawa Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson akan menunjukkan (bukti) sokongan 113 ahli Parlimen dalam masa terdekat (kepada Agong), saya berpendapat tindakan Anwar adalah wajar dan sesuai dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi berparlimen.

“Saya akan menyokongnya,” kata Hassan kepada Malaysiakini.

Baca Artikel Penuh