“Tunang mengandung 1 bulan, tapi saya tak pernah sentuh dia, yang jadi masalah majlis kahwin saya lagi 5 hari je lagi”

Assalamualaikum admin. Mohon hidekan profil saya. Saya sekarang dalam dilema. Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya. Tunang saya dah mengandung 1 bulan.

Tapi sebelum tu saya nak maklumkan yang saya tak pernah sentuh dia. Tunang saya baru2 ni beritahu yang dia dah terlanjur dengan ex bf dia.

Kami tunang pun tak lama. Tu pun atas rekomen orang tua dan saudara mara saya.

"Tunang mengandung 1 bulan, tapi saya tak pernah sentuh dia, yang jadi masalah majlis kahwin saya lagi 5 hari je lagi"

Yang menjadi masalah bagi saya sekarang adalah majlis sudah dekat dengan orang yang sudah dijemput katering apa semua dah dibayar.

Duit hantaran sebanyak rm20k pun dah diserahkan sepenuhnya. Kalau saya batalkan apa orang akan cakap nanti. Mana mak ayah saya nak letak muka. Ada tak cara yang saya boleh buat tuntutan semula ganti rugi.

Baca Artikel Penuh