Tun Mahathir kata PRU15 sesuai buat Julai 2023

Oleh MHDAILY

Tun Mahathir kata PRU15 sesuai buat Julai 2023. Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, tarikh yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah sehingga habis penggal iaitu hujung Julai 2023.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh PRU15.

β€œTarikh yang sesuai ialah kalau kita ikut jadual PRU15. Itu tarikh sesuai.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œTapi saya dapati pihak kerajaan nak ambil peluang terhadap parti-parti lawan tidak bersedia supaya diadakan pilihan raya lebih awal supaya mereka mendapat kemenangan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) Pejuang Muda dan Silver Gold Collector Group di ibu pejabat parti itu di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh sesuai untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengadakan PRU15.

Tun Mahathir kata PRU15 sesuai buat Julai 2023

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kekerapan berbincang mengenai tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik.

Namun begitu, Ismail Sabri tidak menolak bahawa setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan beliau sebagai tidak lagi relevan, Dr Mahathir berkata, itu adalah pandangan peribadi Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya tidak relevan? Itu pandangan dia (Najib). Lain orang lain pandangan. Dia mempunyai hak untuk kata semua orang sebagai tidak relevan, itu pandangan dia,” kata Dr Mahathir.

Sebelum ini, Najib mendakwa, bukti Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dapat dilihat menerusi kempen Ahli Parlimen Langkawi itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kata Najib, di DUN Ayer Hitam tempat Dr Mahathir berkempen itu hilang deposit.

BACA:

Lizzy uji nafsu lelaki lagi, kali ini tunjuk nak pakai baju dalam pula