Tun M hilang taring, terpaksa pakai ‘gigi palsu’ tunggang populariti Anwar Ibrahim untuk kekal hidup dalam politik.
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan orang Melayu sejak sebelum dan selepas kemerdekaan sudah meraikan ramai kaum-kaum lain.
Dalam perkongsian di Facebook pagi ini dengan tajuk ‘Melayu Angkuh’,
Dr Mahathir mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Kemboja baru-baru ini yang memberi ingatan kepada orang Melayu supaya tidak berasa selesa dan angkuh.
“Saya juga dapat tahu dia membuat kenyataan itu setelah lawatan ke Kemboja dan berkata bahawa walaupun umat Islam Kemboja cuma 10 peratus, mereka diraikan, masjid tidak diroboh, hak mereka dipertahan malah diangkat sebagai menteri mewakili kepentingan mereka.
“Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil kerana ia menghina orang Melayu sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddha di Kemboja yang meraikan minoriti Islam,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerakyatan telah diberi kepada satu juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.
“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi dalam kerajaan.
“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka hingga hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting,” katanya.
Beliau berkata, ekonomi negara jelas di dalam pegangan bukan Melayu dan yang menjadi Billionaire lebih 90 peratus adalah bukan Melayu.
“Tokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam.
“Begitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri di serata pelusuk Tanah Melayu malahan di antara yang terbesar di dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus,” katanya.
Katanya lagi, namun kerajaan pimpinan Perdana Menteri Melayu tidak benar isu berkait Melayu disiar, ia dianggap perkauman.
“Dahulu apabila saya kata Melayu malas ramai orang Melayu marah sedangkan tujuan saya untuk ingatkan bahawa kaum-kaum lain sudah menguasai hampir semua sektor ekonomi negara dan jika kita tidak rajin dan bangkit, kita akan hilang segala-galanya.
“Tetapi hari ini Anwar kata Melayu angkuh dan tidak mahu raikan kaum lain sedangkan orang Melayu sudah memberi ruang seluas-luasnya untuk kaum lain sehingga bahagian untuk orang Melayu sudah hampir lupus.
“Untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh. Cuma apabila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh?” soalnya.
BACA:
“Punyalah banyak p*pek, anak aku juga dia nak try”, Kazar perli Syamsul?
Ini 10 terowong terbaik di dunia, tak sangka no.8 tu ada di Kuala Lumpur je?!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio