Tun M dedah hasrat sebenar Ku Li

Tun M dedah hasrat sebenar Ku Li

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan kepadanya usaha beliau mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal memperolehi sokongan yang diperlukan untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Tengku Razaleigh) adalah di sebelah kerajaan. Dia mempunyai cadangan kononnya untuk kita tukar kerajaan.

“Dia berpendapat dia boleh cari cukup orang daripada pihak kerajaan untuk keluar daripada kerajaan. Tetapi benda itu tak berlaku,” katanya dalam program khas eksklusif bersama Astro Awani malam ini.

Mahathir berkata, beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika seseorang itu mempunyai majoriti yang kuat.

“Saya bersetuju dengan siapa sahaja, tapi hendaklah dapat sokongan majoriti, kalau dapat sokongan majoriti kepada Ku Li dia boleh jadi perdana menteri,” katanya.

Oktober lalu, Mahathir dikatakan berusaha mengetengahkan idea kerajaan perpaduan, selepas gambar menunjukkan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dimuat naik di media sosial.

Sumber yang rapat dengan Mahathir mendakwa perbincangan itu menyentuh cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/25/ku-li-cadang-bentuk-kerajaan-baharu-tapi-gagal-dakwa-dr-m/