Tun Faisal terkejut kena gantung keahlian Umno selama 6 tahun

Tun Faisal terkejut kena gantung keahlian Umno selama 6 tahun.Tun Faisal Ismail Aziz berharap Panel Rayuan Umno dapat menyemak semula hukuman pengantungan anggota Umno selama enam tahun ke atasnya.

Saya hargai keterbukaan panel disiplin ini kerana mereka sudi mendengar hujah saya.

“Enam tahun pengantungan saya, besar mana kesalahan yang menyebabkan saya digantung selama enam tahun

“Harapan saya agar panel rayuan ini melihat semula justifikasi hukuman enam tahun pengantungan yang dikenakan pada diri saya adalah tak wajar,” katanya

Surat penggantungan itu dikeluarkan selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengesahkan keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti pada 8 Mac.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan itu menyatakan bahawa penggantungan itu kerana melanggar tataetika sebagai ahli Umno.

Laporan Utusan Malaysia mendakwa bahawa Ketua Umno Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor mengatur laporan disiplin terhadap Tun Faisal – yang merupakan timbalannya – dipercayai kerana mengkritik presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal sebelum ini mengkritik Zahid dan pemimpin parti lain yang menyokong untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu.

Beliau juga berkata, pengantungan selama enam tahun terhadapnya tidak wajar kerana dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap presiden ataupun membuat tuduhan tidak berasas.

“Saya harap panel rayuan boleh melihat semula kes ini…apakah justifikasi hukuman sampai enam tahun. Jadi, harapan saya juga agar panel rayuan meneliti proses rayuan ini,” katanya lagi.

BACA JUGA : Audio bocor : Hanya Tun Faisal hadir bersumpah, Zahid tidak tunjuk muka
Puad Zarkashi ‘bukak cerita’ tentang Tun Faisal

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)