Tulisan Presiden Pas akhirnya terkena atas mukanya sendiri

Oleh MHDAILY

Para aktivis media sosial menyekolahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila beliau menulis tentang sifat-sifat munafik di Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diperingatkan tentang sifat munafik iaitu cakapnya berubah-ubah sehinggalah kekerapan kegagalan beliau untuk menyertai sidang Parlimen.

Bagi mereka, Hadi bercakap berbelit-belit dan tidak memenuhi ciri-ciri intergriti yang beliau sendiri cakapkan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Tulisan Presiden Pas akhirnya terkena atas mukanya sendiri

Ahmad Zhafri Md Noor berkata, tindakan Hadi yang berkata tidak akan bergabung dengan kleptokrat tetapi pada keesokan harinya bergabung dengan kleptokrat menjelaskan sikap sebenar pemimpin Pas itu.

“Sekejap kata tak nak bergabung dengan geng kleptokrat. Esoknya pakat pergi pejabat Umno serah SD. Ini perangai apa tuan-tuan?” tulis Zhafri.

Dalam tulisannya, Hadi menulis, Semua orang bercakap tentang perlunya nilai integriti dalam segala urusan, khususnya urusan politik kenegaraan yang merupakan suatu amanah paling besar kerana ia menjadi payung kepada semua urusan yang lain.

Bagi beliau, nilai integriti tidak muncul secara spontan tanpa sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang tumbuh daripada keimanan yang ikhlas dan murni, hasil daripada proses tarbiah dan ibadat.

“Integriti tidak mungkin wujud tanpa iman yang ikhlas membentuk diri seseorang. Bahkan, integriti tidak wujud dalam diri seseorang yang tidak beriman atau seorang munafiq yang berpura-pura berlagak beriman di hadapan khalayak ramai,” katanya.

Nizam Toha dalam komennya kepada tulisan Hadi itu menulis,”Dilarang mengutuk diri sendiri.”
Rosli Rosli pula mengulas, “Cakap kat depan cermin ke.”

Bagi EgAponi Anis pula, tindakan Hadi bercakap soal intergriti tidak kena langsung.

“Sembang Integriti pulak dah. Dengan YDPA Agong pun Lebai Pas boleh menipu inikan pulak rakyat jelata….kakamaka.”

Hafizuddin Ali pula memperingatkan Hadi tentang kepentingan menjaga nyawa dalam Islam.

“Betul apa yang Tuan Guru tulis tapi dalam keadaan PAS sekarang rasa janggal dan ironi sungguh. Tepat sekali firman Allah yang terakhir ditulis:

“Berjalan di atas muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan membinasakan tanaman dan keturunan”.

“Berapa banyak keturunan (nyawa) manusia yang dah binasa sejak PN yang ada PAS dalamnya memerintah? 14,000 nyawa yang rasmi, belum masuk mati bunuh diri dan lain-lain.

“Jadi siapa yang munafiq sebenarnya?” soal beliau kepada Hadi.

Khairul Anuar Kamaruddin pula mempertikaikan tindakan Hadi yang selalu ponteng ketika Parlimen bersidang.

“Tumpang tanya, kalau selalu ponteng sidang Parlimen tu dikira integrity ke?” tanya beliau.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/netizen-sekolahkan-presiden-pas-tentang-intergiti/

BACA JUGA : Walau bertongkat, Hadi kelihatan hadir mesyuarat PN pagi tadi