Tular video wanita didera majikan, ini penjelasan polis apa yang berlaku

Polis menafikan kejadian seorang wanita warga Indonesia didera majikannya seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis mengesan video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang wanita dalam keadaan ketakutan dikatakan didera majikan.

Katanya, video asal dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dan kejadian dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Taman Ayer Panas di sini, pada 16 September lalu.

Tular video wanita didera majikan, ini penjelasan polis apa yang berlaku

“Bertindak atas video tular itu, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku jam 10 malam apabila wanita warga Indonesia itu dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana mahu pulang ke negara asal. Dia berjaya dipujuk oleh rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, rakan mangsa turut membuat laporan polis menafikan berlaku kejadian dera seperti ditularkan di media sosial.

Selain itu, beliau berkata, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa, individu lain atau pihak kedutaan berhubung kejadian berkenaan.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak tepat.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/757243/bukan-didera-tapi-tertekan-tak-dapat-pulang-indonesia

BACA JUGA : Bantuan GKP 4.0 akan mula dimasukkan ke akaun hari ini