Tular video rider motor besar terajang motosikal kapcai sampai tergolek

Oleh MHDAILY

Tular video rider motor besar terajang motosikal kapcai sampai tergolek. Tular satu rakaman video berdurasi itu 29 saat di mana seorang penunggang dan pembonceng motosikal kapcai terjatuh selepas ditendang oleh seorang rider motosikal besar. Rakaman video itu dikongsikan oleh abang mangsa kepada akaun Twitter @doqtahu menerusi mesej peribadi.

Dalam mesej itu juga, abang mangsa menyatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) kira-kira pukul 6.30 petang.

Pada awal video berkenaan, kedengaran bunyi ekzos kuat daripada motosikal besar sebelum kelibat kedua-dua motosikal itu bergerak bersebelahan di lorong kanan kelihatan.

Baca Artikel Penuh