Tular video remaja OKU meraung sakit kena buli pelajar sekolah

Oleh MHDAILY

Tular video remaja OKU meraung sakit kena buli pelajar sekolah. Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang remaja lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) menangis saat dibuli oleh sekumpulan pelajar sekolah di Indonesia. Video yang tular itu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jawa Barat, Indonesia. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan remaja OKU berkenaan ditendang berkali-kali oleh seorang pelajar lelaki yang masih lengkap memakai seragam sekolah. Kedengaran mangsa menangis sambil meminta individu itu berhenti menendangnya tetapi rayuan tersebut langsung tidak diendahkan sebaliknya belakang mangsa terus ditendang suspek.

Salah seorang daripada pembuli yang sedang merokok dilihat dengan selambanya memijak dan berdiri di atas bahu mangsa sementara rakan-rakan pembuli itu termasuk perakam ketawa melihat mangsa dibuli. Meskipun mangsa menangis dan mengerang kesakitan, namun si pembuli hanya ketawa tanpa rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Baca Artikel Penuh