Tular video penumpang bergaduh dalam pesawat sebab kerusi

Tular video penumpang bergaduh dalam pesawat sebab kerusi

Tular video penumpang bergaduh dalam pesawat sebab kerusi. Satu lagi rakaman video yang menunjukkan dua penumpang yang bergaduh dalam penerbangan Thai Smile Airways dari Bangkok, Thailand ke Kolkata, India mendapat perhatian pengguna internet, lapor portal bertia WION semalam.

Dalam rakaman video tersebut, seorang penumpang yang duduk di tempat duduk 37C enggan menegakkan kerusinya sebelum pesawat berlepas, menyebabkan penumpang lain mengambil tindakan sendiri.

Selepas itu, seorang penumpang yang duduk di kerusi 41C, mula menampar pengembara tersebut yang tidak bersedia untuk menegakkan tempat duduknya di dalam pesawat berkenaan.

Tular video penumpang bergaduh dalam pesawat sebab kerusi

Seperti yang ditunjukkan oleh video itu, adegan memukul dan menampar kemudian menjadi-jadi sambil seorang pramugari cuba untuk meleraikan dan meredakan keadaan.

Selepas video itu menjadi tular, Biro Keselamatan Penerbangan Awam menuntut laporan terperinci pergaduhan itu daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kami telah mengambil maklum tentang video tular itu yang menunjukkan pergaduhan antara penumpang dalam penerbangan Thai Airways ke Kolkata,” kata Ketua Pengarah Biro Keselamatan Penerbangan Awam India, Zulfiquar Hasan.

Video tular itu mendapat jutaan tontonan di internet dan turut mendedahkan isu penumpang yang tidak dapat dikawal dan keselamatan kru-kru di dalam kapal terbang.

BACA:

Baru je sembuh, Nad Zainal nekad mahu bantu peniaga kecil bersama Ungku Ismail

Anak aku baru lahir tak boleh bin bapa sendiri, JPN bagi pilih 99 nama Allah, aku pasrah..

Suami hilang sejak Ogos, isteri wartawan minta tolong PM Anwar

CATEGORIES