Tular tudung labuh pelajar dipotong cikgu, akhirnya wanita ini beri penjelasan

Tular tudung labuh pelajar dipotong cikgu, akhirnya wanita ini beri penjelasan

Tular tudung labuh pelajar dipotong cikgu, akhirnya wanita ini beri penjelasan. KECOH di media sosial seorang guru bertindak memotong tudung labuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah.

Menerusi video yang tular, guru terbabit dilihat memotong bahagian bawah tudung pelajar berkenaan di sebuah dewan sekolah.

Video berdurasi 24 saat itu turut menunjukkan pelajar perempuan tersebut kelihatan bersedih dengan menutup mukanya di atas meja dalam kelas susulan kejadian itu.

Malah, keterangan video turut menyatakan berlakunya ’emotional damage’ atau ‘kerosakan emosi’ bagi menggambarkan situasi yang dihadapi pelajar terbabit.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi sekolah dan tarikh kejadian.

Tular tudung labuh pelajar dipotong cikgu, akhirnya wanita ini beri penjelasan

Keadaan itu membangkitkan kemarahan netizen yang mempersoalkan tindakan guru berkenaan yang didakwa sesuka hati memotong tudung pelajar.

“Banyak sangat etika pemakaian yang entah apa-apa pun. Kalau tudung pendek tak apa pula,” demikian antara komen netizen.

Pelajar berkenaan mengambil cebisan tudung yang telah dipotong.

Difahamkan, guru tersebut bertindak sedemikian kerana pelajar tidak mematuhi peraturan apabila membiarkan tudung yang dipakai mengikut fesyen ‘ekor pari’ dan terjuntai.

Tukang Jahit Ini Jelaskan Ukuran Yang Betul
Seorang tukang jahit pakaian muslimah turut berkongsi pandangannya berhubung isu yang tular, terutama kesedaran kepada tukang jahit lain yang mengambil tempahan tudung sekolah.

“Untuk tudung sekolah labuh tidak boleh berekor sangat, dikira fesyen. Kalau jahit kena bulat sikit.

“Untuk video yang viral, pandang je la dari sudut yang baik. Kalau tidak kita tak tahu, dah viral, kita yang tukang jahit kena jadi cakna dengan peraturan sekolah.

“Jangan marah cikgu kerana hal ini termaktub dalam peraturan, mungkin sudah dipesan banyak kali, atau tiap tahun.

“Macam kita kat sekolah dulu. Kawan-kawan yang kena gunting seluar, tudung, semua kan dah kena tegur banyak kali baru cikgu gunting. Ingat tak?” katanya di Facebook.

Perkongsian mengenai pemakaian pakaian seragam.

Tukang jahit bernama Nur Eizyan itu turut berkongsi tangkap layar foto mengenai etika pakaian seragam sekolah, yang menunjukkan bahawa pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung putih bulat dan labuh depan dan belakang selari, tanpa corak bunga atau renda.

Tidak menyatakan lokasi sekolah bagi peraturan tersebut, ia turut memaparkan gambar melarang pelajar perempuan memakai tudung yang berekor.

Dah tahu peraturan sekolah macam tu, kenapa buat juga?

Bagaimanapun, terdapat netizen yang menyokong tindakan guru berkenaan memotong tudung pelajar tersebut kerana peraturan perlu dipatuhi.

“Cikgu tu pun potong elok je, bukan bagi buruk pun. Tukang viral yang over sangat mental damage,” komen netizen.

“Bukan labuh ke apa isu dia. Saya bekas pelajar sekolah agama. Peraturan tu dah lama dari zaman saya sekolah lagi. Saya pun dah berbelas tahun jadi bekas pelajar.

“Tudung tu labuh mesti bawah siku dan membulat dari depan membawa ke belakang. Fesyen labuh runcing macam tu kita panggil ekor pari. Fesyen begitu bukan nak tutup aurat punggung, tapi saja nak melawa.

“Kain berkibar macam bendera kat punggung memang mata-mata akan memerhati. Sebab itu fesyen dia bulat, bukan runcing labuh pelik macam tu.

“Budak tu play victim. Dah tahu peraturan sekolah macam tu, kenapa buat juga? Lepas tu video tulis emotional damage. Memang saya pangkah terus huhu,” menurut netizen lain.

Setakat ini, Kementerian Pendidikan tidak mengulas berhubung video yang tular.

BACA:

Sharifah Shahirah terkejut anak tipu cakap bas rosak, rupanya cedera dalam nahas kemalangan

Putera Mateen kongsi gambar bersama Anwar, gadis melayu jadi teruja tengok

PPIM dedah ada anak ayam yang dibakar, telur disorok- “kena kejar kartel ni..”

CATEGORIES