Tular teknik ‘shortcut’ dapat tarikh temujanji vaksin, ini penjelasan…

Tular teknik ‘shortcut’ dapat tarikh temujanji vaksin, ini penjelasan…

Tular teknik ‘shortcut’ dapat tarikh temujanji vaksin, ini penjelasan. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat mesej palsu tersebar di media sosial berhubung jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin.

KKM melalui hantaran terbaharu di laman Twitter berkata, orang ramai diminta supaya tidak mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam mesej palsu tersebut.

shortcut

“Tiada jalan pintas untuk mendapatkan janji temu kerana ia diberikan secara automatik dan berperingkat.

“Orang ramai diminta untuk tidak masuk ke bahagian ‘HelpDesk’ bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/04/tiada-jalan-pintas-dapat-janji-temu-vaksin/

Jika Anda Terlepas: Notis 14 hari Umno tamat hari ini, apa bakal berlaku?