Tular screenshot Najib Razak ucap selamat jalan, ditujukan kepada Tun M?

Najib Razak

Tular screenshot Najib Razak ucap selamat jalan, ditujukan kepada Tun M? “Dari mana kamu dapat tangkap layar kononnya saya pernah post ‘Selamat jalan?’”

Demikian persoalan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan mengatakan beliau ada membuat hantaran di Facebook tertulis: “Selamat jalan?”

“Pada ketika ini pun, geng Atok masih lempar fitnah terhadap saya. Sejak bila saya buat hantaran begitu? Dari mana kamu dapat tangkap layar kononnya saya pernah post ‘Selamat jalan?’

“Takkan kamu tak tahu bahawa ianya adalah terlalu mudah untuk edit hantaran FB palsu?” Soalnya.

Beliau menjawab dakwaan yang kononnya membuat hantaran mengaitkan perkara itu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam hantaran lain, Najib menulis, Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Tular screenshot Najib Razak ucap selamat jalan ditujukan kepada Tun M

“Sepanjang masa ini, saya secara ikhlas mendoakan PM7 (Perdana Menteri ketujuh) agar diberikan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan baik.

“Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin lain atau ahli keluarga, pada ketika mereka mempunyai isu kesihatan. Kita boleh berpolitik, kita boleh berbeza pendapat. Tetapi bukan cara saya, bukan diri saya untuk mendoakan keburukan. Saya pun ada ahli keluarga.

“Saya juga mahu kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua. Namun saya terus dijadikan bahan fitnah dan politik. Di saat ini? Fitnah itu sudah tersebar luas,” katanya.

Menurut beliau, yang bertanggungjawab menyebarkannya, sudah tentu tidak akan memberikannya keadilan.

“Buat fitnah, sebarkan, padam . Buat fitnah, sebarkan, padam. Buat fitnah, sebarkan, padam. Begitulah gerak kerjanya. Kenapa? Kerana nak mengapi-apikan kebencian dan kemarahan rakyat?

“Kerana dengan kebencian dan kemarahan boleh menang sokongan?” Soalnya.

BACA JUGA :
Saksi cirit birit, bicara kes 1MDB libatkan Najib ditangguh
Pengasas WCEF malu bila dapat tahu Najib sampai ucaptama
Susulan keputusan kes Najib, kedudukan Ismail Sabri sebagai PM dikatakan mula goyah

CATEGORIES