Sebuah rumah baru-baru ini menarik perhatian ramai kerana dijual pada harga yang dianggap terlalu murah.
Rumah tersebut dijual pada harga RM7,005 secara dalam talian, yang menyebabkan perdebatan hangat di kalangan netizen.
Menerusi gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun @78vip, rumah itu terletak di tengah hutan, dikelilingi pokok-pokok tinggi.
Keadaannya pula agak menyeramkan, dengan cat yang sudah mengelupas, sementara bumbung dan dindingnya dipenuhi lumut.
Rumah itu hanya mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik mandi.
“Saya terkejut melihat sebuah rumah yang dijual pada harga hanya 25 juta rupiah,” menurut keterangan dalam siaran tersebut.
Perkongsian itu menerima lebih 8.7 juta tontonan dan 1,600 komen.
“Ini terlalu seram! Ia terletak di tengah hutan!” komen seorang netizen.
“Kelebihan rumah ini adalah sering diganggu makhluk halus selepas maghrib,” gurau netizen lain.
BACA: Menteri Komunikasi dedah YTL syarikat telekomunikasi yang paling lemah, ini sebabnya