Tular !!! Pegawai beruniform jadikan OKT sebagai “content” TikTok

Seorang pegawai beruniform tular di media sosial hari ini apabila memuatnaik satu video yang mendedahkan identiti seseorang yang didakwa sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) di aplikasi TikTok.

Video TikTok yang dimuatnaik oleh akaun Twitter MyWatch itu mendapat reaksi pelbagai dari pengguna internet.

Di dalam video berdurasi selama 00:39 saat itu, kelihatan seorang wanita beruniform sedang merakam dirinya sendiri dengan kata-kata, “Sila beri laluan ye… sis nak ke court ni…” Selepas itu dia mula merakam persekitaran yang menunjukkan terdapat tiga orang lain dalam kenderaan yang sama, salah seorang daripadanya dipercayai adalah OKT.

Tular !!! Pegawai beruniform jadikan OKT sebagai "content" TikTok

Video terbabit mula mendapat reaksi pelbagai netizen di Twitter, salah seorang netizen berkata, “sekarang ramai betul penjawat awam tergedik depan kamera rakam diri sendiri.”

Manakala seorang lagi netizen berkata, “Benda ini dah jadi satu kesalahan dan melanggar budaya kerja, tambah-tambah kalau kau unit beruniform.”

Sehingga kini tidak pasti siapakah pegawai wanita terbabit dan adakah benar yang beliau menggunakan OKT untuk dijadikan kandungan video terbabit.

Sebelum ini pada December 2020, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

Katanya, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan uniform PDRM, lapor Harian Metro.

BACA JUGA : “Mereka dah lama rancang”, varian Omicron dikaitkan dengan filem tahun 1963
2 lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)