Tular pasangan melayu gaduh tepi highway, siap peluk-peluk lagi pujuk

Oleh MHDAILY

Tular pasangan melayu gaduh tepi highway, siap peluk-peluk lagi pujuk. Seperti dalam sebuah filem Melayu, itulah yang boleh ditafsirkan menerusi sebuah video yang viral di laman TikTok memaparkan seorang wanita dipercayai merajuk sebelum cuba ditenangkan oleh seorang lelaki.

Mendapat hampir 1.2 juta tontonan, video pendek dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Boyy_Tayar meraih perhatian netizen dan mencetuskan tanda tanya di sebalik punca kejadian itu berlaku. Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat lelaki tersebut seolah cuba memujuk wanita yang menolak untuk dipujuk.

Namun, wanita ini dilihat seolah-olah sedang bersedih dan menolak lelaki terbabit. Tidak menghiraukan pujukan tersebut, wanita ini cuba melarikan diri dan dipercayai minta supaya ‘dilepaskan’.

Baca Artikel Penuh