Tular lori bawa kereta 8 peronda polis secara bahaya, akhirnya PDRM bertindak

Tular lori bawa kereta 8 peronda polis secara bahaya, akhirnya PDRM bertindak mengenakan saman bernilai RM300 terhadap seorang pemandu lori yang membawa muatan kereta peronda polis dengan cara yang berbahaya, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu lori berusia 32 tahun itu dikenakan saman mengikut Kaedah Lalulintas 18 LN 166/59 pada 11 Februari lalu selepas lelaki itu dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Disebabkan penularan video itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah membuka satu kertas siasatan mengikut Kaedah Lalulintas 18 LN 166/59.

“Hasil siasatan mendapati lapan kereta peronda polis yang dibawa oleh lori itu adalah hasil jualan lelong aset alih kerajaan Ibu Pejabat Polis Seremban, dengan kenderaan itu dikumpulkan di kawasan Industri Seremban dan seterusnya dibawa menggunakan lori ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter bernama ‘Nan Manjoi 8715’ beberapa hari lalu menunjukkan sebuah lori membawa muatan kereta peronda polis dengan cara yang dilihat berbahaya.

BACA JUGA :

Dikecam kerana offer Iqbal berlakon, ini jawapan padu Erma Fatima

Kecoh kit ujian COVID-19 guna air paip boleh positif, ini respon doktor pakar

Cerita ‘Attack On Titan’, ini kisahnya bagaimana fiksyen ini bermula

TONTON JUGA :

CATEGORIES