Tular keratan berita ‘Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik’, ini penjelasannya

Tular keratan berita ‘Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik’, ini penjelasannya.Astro AWANI menafikan mengeluarkan berita ‘Gelaran Datuk Seri Menteri Besar Terengganu ditarik balik’.

Astro AWANI tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan berita mahupun tajuk berita berkenaan di platform digital astroawani.com pada 19 Januari.

Pihak Astro AWANI kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama AWANI untuk menyebarkan artikel tersebut.

Astro AWANI nafi siar berita 'Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik'

Astro AWANI akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan nama baik Astro AWANI terus disalahgunakan, dan pada masa sama menggalakkan pembaca supaya menyemak laman web rasmi Astro AWANI di www.astroawani.com.

BACA JUGA: Guna RFID tanpa lekatkan di kereta bakal berdepan risiko di ‘blacklist’
Dividen KWSP 2021 : Berapa sebenarnya anda dapat, ini cara untuk membuat semakan
Poligami : Mahkamah benarkan bekas Menteri Wilayah kahwin seorang lagi

CATEGORIES