Tular kenyataan PM letak jawatan, ini penjelasan PMO

Tular kenyataan PM letak jawatan, ini penjelasan PMO

Tular kenyataan PM letak jawatan, ini penjelasan PMO. Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu.

“Kenyataan media itu palsu. Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu,” kata seorang pegawai di PMO kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Terdahulu, kenyataan media itu tular mendakwa Perdana Menteri telah memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar untuk membincangkan hala tuju kerajaan susulan penambahan bilangan kes positif COVID-19 semakin tinggi.

Tular

Malah kenyataan itu turut mendakwa, Muhyiddin telah mengemukakan keputusan untuk meletak jawatan susulan keadaan semasa COVID-19 di negara ini.

Kenyataan media itu turut menggunakan logo dan nama Pejabat Perdana Menteri bertarikh 10 Julai 2021.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-media-muhyiddin-buat-keputusan-letak-jawatan-adalah-palsu-pegawai-pmo-307739

Jika Terlepas: Admin media sosial kerajaan diingatkan jangan tutup ruang komen – Menteri