Tular kenyataan Menteri suruh makan itik kerana harga ayam mahal, ini penjelasan beliau…

Oleh MHDAILY

Tular kenyataan Menteri suruh makan itik kerana harga ayam mahal, ini penjelasan beliau.“Saya tidak pernah keluarkan kenyataan seperti ini yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

Beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti di dalam gambar yang ditularkan itu.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya dan semua warga KPDNHEP amat mengambil serius isu-isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut laporan Utusan Beliau berkata, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Alexander berkata, jalan penyelesaian ini memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian yang memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

“Isu kenaikan harga barangan ini sememangnya membelenggu dunia, bukan sahaja Malaysia.

“Ini adalah kesan daripada penularan wabak Covid-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama,” katanya.

Katanya, beliau mohon kepada semua Keluarga Malaysia supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan perkara-perkara berunsur fitnah seperti ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pertanyaan mengaitkan kenyataan dikeluarkan Alexander bertajuk ‘Kerajaan gesa pengguna makan itik dahulu sementara kerajaan terus mengkaji kenaikan harga ayam’.

BACA: Johor sudah bersedia benarkan saf solat jemaah dirapatkan, tiada lagi penjarakan