Tular ibu anjur bevday anak bertemakan pemujaan syaitan

Oleh MHDAILY

Tular ibu anjur bevday anak bertemakan pemujaan syaitan. Seorang ibu di Mexico menjadi sasaran kecaman netizen kerana mengadakan majlis hari lahir anaknya yang berusia setahun bertemakan unsur syaitan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Janeth Zapata berkongsikan rakaman video di laman TikTok yang memaparkan anaknya, Lilith menyambut hari lahir dengan memakai gaun berwarna hitam.

Video tersebut menunjukkan dekorasi majlis berkenaan yang mendapat kecaman netizen.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Sambutan yang diadakan pada Julai lepas itu menggunakan dekorasi berwarna hitam dan merah jambu yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan.

“Khabar angin mengatakan bahawa saya memakai baju paling cantik pada hari lahir saya,” demikian menurut keterangan pada klip video tersebut.

Tular ibu anjur bevday anak bertemakan pemujaan syaitan

Dalam beberapa gambar, Lilith dilihat bergambar bersama logo pentagram yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan serta dipercayai digunakan dalam upacara ‘persembahan untuk syaitan’.

Kek kanak-kanak itu turut mempunyai lambang serupa di samping kek cawan dihiasi logo sama.

Netizen yang menonton video tersebut mempertikai tindakan Janeth yang menggunakan hiasan bertemakan syaitan.

Seorang pengguna turut menyoal sama ada ia merupakan sambutan hari lahir bersifat kerohanian, manakala seorang lagi mendakwa bahawa ia merupakan satu bentuk ‘persembahan untuk syaitan’.

BACA:

Britain kini diketuai oleh Raja Charles III

Baby Shima kena tegur pakai nipis sangat, ‘nampak benda tak sepatutnya’

Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul