Tular gambar anak cium pipi Yasin, lepas rindu jumpa bapa di mahkamah

Oleh MHDAILY

Tular gambar anak cium pipi Yasin, lepas rindu jumpa bapa di mahkamah. ANAK kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14, dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya selepas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.

Menerusi hantaran berkenaan, IG yang diuruskan oleh keluarganya itu memaklumkan laporan kimia sudah selesai dan sebutan kes akan berlangsung pada 6 Julai depan.

Baca Artikel Penuh