Tular dilantik Menteri Kabinet, ini penjelasan Noh Omar

kabinet

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar menafikan beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, senarai maklumat lantikan dalam Kabinet yang tular di Facebook yang turut membabitkan beberapa nama lain adalah tidak benar sekali.

“Ini ramalan, saya sudah lali. Saya pernah dalam Kabinet… digugurkan dari Kabinet..naik balik dalam Kabinet,

“Bagi saya, prinsip dalam perjuangan bukanlah mengejar jawatan. Apa yang penting, kita kena teruskan kerja dengan ikhlas dan prinsip ini saya pegang selama ini.

“Sebab itu, saya tidak berasa kecewa. Kena gugur jadi Menteri pun tidak kecewa, tak dilantik semula pun tidak kecewa. Semuanya ada hikmah untuk saya,” katanya.

kabinet menteri

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Faizal Abdul Raji dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor Dr Noor Rafizah Amina Aziz.

Sementara itu, beliau menegaskan sebarang pelantikan jawatan Jemaah Kabinet hanya diketahui melalui pengumuman rasmi Perdana Menteri.

“Sepanjang pengalaman sebagai Ahli Parlimen, lantikan saya ke dalam Kabinet tidak pernah dimaklumkan, sebaliknya hanya mengetahui semasa mendengar pengumuman di televisyen atau melalui radio.

“Contohnya, apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya dengar pelantikan menerusi radio semasa sedang memandu kereta,” katanya.

Seterusnya, ketika ditanya adakah beliau bersedia jika dilantik dalam Kabinet pimpinan Ismail Sabri, Noh berkata, beliau sedia bekerjasama sekiranya khidmatnya diperlukan kerajaan.

“Kita kena bekerjasama dengan kerajaan dan kalau diberikan amanah (menjawat jawatan dalam kabinet), kena laksanakan.

“Setakat ini, amanah saya di Tanjong Karang. Saya cuba buat yang terbaik kerana kita banyak idea bagaimana hendak membantu rakyat di sini,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745673/maklumat-itu-tidak-benar-noh

 

BACA JUGA :

Panas !!! Tular kenyataan Azmin calon tunggal TPM, ini penjelasan Bersatu

Ismail jemput pembangkang sertai Majlis Pemulihan Negara

Beranikah Ismail Sabri bentuk kabinet tanpa budaya ‘balas budi’?

Artikel ini disiarkan pada 22/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)