Tular dakwaan Zakir Naik ditaja restoran mamak RM175,000 sebulan?

Oleh MHDAILY

Tular dakwaan Zakir Naik ditaja restoran mamak RM175,000 sebulan.Tular satu mesej di media sosial baru-baru ini apabila mendakwa pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik menerima RM175,000 setiap bulan daripada restoran India Muslim di negara ini.

Mesej itu mendakwa sebuah persatuan dikenali sebagai Persatuan Restoran Mamak Malaysia yand dikatakan mempunyai 17,351 ahli bertindak menaja Dr Zakir Naik setiap bulan.

 

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan The Star mendapati mesej tular itu adalah berita palsu.

Malahan, didapati dakwaan itu telah dikitar semula di mana ia mula tersebar di media sosial pada 2019.

Pada tahun yang sama, Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) turut menafikan khabar angin bahawa Dr Zakir dibiayai oleh restoran India Muslim dalam wawancara dengan The Star.

“Persatuan Restoran Mamak Malaysia tidak wujud,” kata jelas Presma.

BACA:

Ahli arkeologi terkejut jumpa mumia berlidah emas
“Tindakan MAIS tarik balik tauliah aktivis politik boleh pecah belahkan umat Islam, gembirakan musuh”
Banjir serentak di Pantai Timur diramal bermula esok