Tular dakwaan seorang ustaz ‘berjaya’ bawa jemaah umrah tak vaksin

Tular dakwaan seorang ustaz ‘berjaya’ bawa jemaah umrah tak vaksin. Seorang ustaz yang juga penceramah bebas mengakui bahawa beliau yang membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Bahkan, beliau juga turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksinasi.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’,” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Tular dakwaan seorang ustaz 'berjaya' bawa jemaah umrah tak vaksin

Pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

BACA JUGA :
Ini punca mengapa individu tak lengkap vaksin ‘terlepas’ buat umrah
Dakwaan jemaah umrah tak vaksin mengelirukan, data peribadi dimanipulasi?
Setelah kecoh di media sosial, kerajaan akhirnya tanggung kos kuarantin jemaah umrah

Artikel ini disiarkan pada 11/01/2022