Tular berita Erra Fazira dah kahwin usahawan jutawan

Tular berita Erra Fazira dah kahwin usahawan jutawan. Sebenarnya, bukan sekali dua khabar angin mengenai aktres cantik ini bertebaran. Kalau tak kahwin, dikatanya bakal berkahwin. Paling tidak pun, Erra terpalit dengan dakwaan jadi kekasih si polan atau si polan. Entah iya, entah tidak.

Pening Cik Bunga nak percaya yang mana satu. Tak payah kata kita, tuan empunya badan pun rasanya dah lebih daripada pening. Tak larat nak melayan macam-macam desas-desus pasal diri agaknya.
Mungkin benarlah kata orang, dugaan orang cantik dan popular. Begitulah.

Yang terbaru Cik Bunga dengar, Erra kononnya sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan bertaraf jutawan tanah air. Cuma, perkara itu tidak dicanang-canang kepada umum atas beberapa faktor.

Cik Bunga dengar juga, lelaki itu memiliki kekayaan luar biasa. Setakat ada jet peribadi sendiri, apalah sangat. Itu yang kita dengarlah. Cik Bunga pun tak minta untuk pembaca percaya dengan apa yang disampaikan.

Tapi kalau betul Erra dah berkahwin, Cik Bunga percaya dia tak akan sorok-sorok. Selama ini pun, dia profesional dalam kerjayanya dan bila berdepan dengan rakan-rakan media, dia sangat mudah bekerjasama.

Tular berita Erra Fazira dah kahwin usahawan jutawan

Baca Artikel Penuh