Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang memaparkan pelakon Aprena Manrose
Bermain badminton sambil mengenakan bandana putih, memperlihatkan rambutnya.
Perkara itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen tempatan, yang mula bertanya-tanya sama ada Aprena masih berhijab.
Berkaitan isu ini, ayah Aprena, bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman, memilih untuk tidak campur tangan.
Beliau menjelaskan bahawa sebagai seorang isteri, Aprena kini berada di bawah tanggungjawab suaminya, seperti dilaporkan Berita Harian.
“Saya faham setiap kali ada isu melibatkan anak-anak, saya yang akan jadi sasaran dahulu. Namun, dalam hal ini, dia ada suami. Jadi, biarlah suaminya yang uruskan. Kalau dia sudah bercerai, barulah saya tahu apa yang perlu dilakukan,” ujar Iwan.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Wan Syahman Wan Yunus itu menegaskan bahawa dia tetap berperanan sebagai bapa dengan memberi nasihat kepada anak-anaknya. Iwan meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya menunjukkan kesediaan untuk berubah walaupun ada ketikanya sukar beristiqamah.
“Setiap kali mereka pulang ke rumah, saya akan berikan nasihat tentang perkara yang betul dan salah. Terserah kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Tugas saya hanyalah mengingatkan. Rasulullah SAW sendiri diutuskan untuk mengingatkan manusia, manakala hidayah itu urusan Allah SWT,” katanya.
Beliau juga menyedari bahawa kelemahan iman menjadi cabaran kepada istiqamah. “Saya sentiasa berdoa agar anak-anak terus berusaha ke arah kebaikan walaupun kadang-kadang mereka gagal istiqamah kerana usaha untuk memperkuatkan iman masih kurang bersungguh-sungguh,” tambahnya.
Sebelum ini, rakaman video yang dimuat naik oleh pelakon Uqasha Senrose, sepupu Aprena, turut menunjukkan Aprena memakai kemeja-T berlengan pendek dan bandana putih semasa bermain badminton di gelanggang bersama beberapa rakan lain. Situasi tersebut mencetuskan spekulasi tentang status pemakaian tudung Aprena.
BACA: UiTM keluarkan ‘warning’ graduan jangan buat isyarat-isyarat di atas pentas ini sebabnya