Trilion ringgit hilang dalam pendedahan Pandora Papers, mana suara pejuang Melayu, Islam?

Oleh MHDAILY

Trilion ringgit hilang dalam pendedahan Pandora Papers, mana suara pejuang Melayu, Islam.Bekas menteri agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers.

Padahal, kata ahli parlimen Parit Buntar itu, skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers melibatkan kehilangan wang trilion ringgit yang sepatjutnya menjadi hasil cukai untuk negara.

“Trilion cukai dilarikan dari kalangan oligarki politik dan korporat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“PM diam, parti Melayu Islam jadi bisu,” kata beliau memberika ulasan pendedahan yang dibuat melalui Pandora Papers.

Beliau mengecam perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang mendiamkan diri ekoran pendedahan itu, begitu juga pejuang Melayu dan Islam dari Umno dan Pas.

“PM diam, parti Melayu Islam jadi bisu,” kata Mujahid yang ditujukan kepada Ismail serta Umno dan Pas.

trilion

Padahal, katanya, ketika Pakatan Harapan memerintah dahulu, di mana beliau adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tabung Haji telah diserang dan didesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.

“Bab TH mereka sibuk nak buat RCI walaupun terbukti berjaya dipulihkan. RCI Pandora mana?

“Nak siasat pun tak bunyi. Apa nak jadi?” kata beliau menerusi twitternya pagi ini.

Minggu ini heboh di media tempatan apabila terdapat laporan dokumen Pandora Papers yang mendedahkan aktiviti sebahagian rakyat Malaysia yang datang dari latar belakang ahli politik dan usahawan yang menyimpan kekayaan mereka di luar negara.

Menurut Coconut KL yang memetik laporan MalaysiaKini, ia menyatakan bahawa antara ahli politik dan usahawan dari Malaysia yang didakwa terpalit dengan isu ini adalah Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan dari tahun 1984 hingga 1991), Zafrul Aziz (Menteri Kewangan sekarang), Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO)dan Yamani Hafez Musa (Timbalan Menteri Kewangan).

G Gnanalingam (ahli perniagaan Westport Holdings Sdn Bhd), William Leong (bekas ahli Parti Keadilan Rakyat), Mahmud Abu Bekir dan Hanifah Hajar Taib (anak gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud), Tiong Hiew King dan Tiong Ik King (ahli perniagaan IB Holdings Limited), Larry Low Hock Ping dan Goh Gaik Ewe, Lim Kok Thay (Ketua Genting Group).

Setakat ini, ada beberapa nama yang disebutkan di atas telah menafikan dakwaan bahawa mereka mempunyai kekayaan di luar negeri. Manakala sebahagian lagi difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada agensi media tempatan kerana dakwaan tersebut.

Pandora Papers adalah dokumen yang mendedahkan kekayaan yang disembunyikan di luar negeri, sindiket pengecualian cukai dan aktiviti mencuci duit dari kalangan orang kaya dan berpengaruh di dunia.

Data tersebut diperoleh oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) di Washington DC yang telah bekerjasama dengan lebih 140 organisasi media serta melibatkan 600 wartawan di 117 negara.

Pendedahan Pandora Papers merangkumi 6.4 juta dokumen, hampir tiga juta gambar, lebih dari satu juta e-mel dan hampir setengah juta spreadsheet.

Ia juga melibatkan 14 sumber yang dipercayai yang diperoleh oleh agensi media dalam satu pendedahan yang paling mengejutkan minggu ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiga kali mendesak agar Parlimen membincangkan isu ini namun ia ditolak oleh Speaker

BACA: Bawak lori sampah siang hari sambil ‘ushar’ rumah pekerja kilang, malam merogol