Transformasi seluar dalam jadi beg tangan, wanita ini curi tumpuan netizen

Transformasi seluar dalam jadi beg tangan, wanita ini curi tumpuan netizen.Seorang wanita menjadi tular dalam aplikasi sosial TikTok selepas berkongsi rakaman video menunjukkan dia menghasilkan sebuah i beg tangan daripada seluar dalam, lapor laman Suara.com.

Menerusi akaun TikTok @putrisamboda, wanita bernama Putri itu berkongsi hasil beg tangan tersebut yang menurutnya, dihasilkan daripada seluar dalam yang masih baharu.

“Saya menghasilkan beg tangan ini menggunakan seluar dalam baharu yang belum pernah dipakai. Tiada apa yang menjijikkan,” demikian keterangan ditulis Putri pada video tersebut.

Putri turut dilihat menggayakan beg tangan itu bersama baju berwarna merah jambu terang dengan gaya berkemban dan sehelai seluar dengan motif bergaris.

Video tersebut sudah ditonton sebanyak 800,000 kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen tentang beg tangan tersebut.

“Tidak gelikah?” tanya seorang netizen.

“Saya tidak pasti tentang ini kerana walaupun ia masih baharu, itu kan tetap seluar dalam,” tulis netizen lain.

Putri juga turut aktif membalas komen netizen dan menurutnya, dia pernah menggayakan beg tangah tersebut dan ramai yang tidak tahu bahawa ia diperbuat daripada seluar dalam.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/wanita-hasilkan-beg-tangan-daripada-seluar-dalam/

BACA: PM perlu pertimbang lantik Tun M sebagai pengerusi MPN – Khairuddin

Artikel ini disiarkan pada 23/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)