Tragis !!! Wanita ini hantar video luah rasa sayang kepada suami sebelum bunuh diri, suami akhirnya dapat tahu….

Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pasti mempunyai masalah tersendiri. Perselisihan faham merupakan antara yang sering berlaku dalam rumah tangga. Akan tetapi sekiranya tidak dibendung, ianya akan menjadi satu masalah yang sangat besar sehingga boleh merosakkan hubungan baik antara pasangan.

Tetapi lain pula nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila dia nekad mengakhiri hidupnya kerana tidak tahan diseksa oleh keluarga mentua dan suaminya.

Wanita malang yang dikenali dengan nama Ayesha Banu Makrani ini dipercayai bertindak menerjun ke dalam sungai di Sabarmati, India. Hal ini berpunca selepas wanita yang berusia 23 tahun ini sering diseksa oleh suami dan keluarga mentua hanya kerana dia telah memberi mas kahwin sedikit. Mereka mula menyeksanya dan kerap meminta wang kepada Ayesha dan keluarganya.

Ayesha dan suaminya, Aarif Khan Garuji telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2018. Difahamkan, baru sahaja dua bulan bernikah, Ayesha sering dipukul dan didera oleh suami dan keluarga mentuanya. Namun pada Disember 2018, wanita ini dikatakan telah melarikan diri ke rumah bapa kandungnya. Tetapi semasa di sana, ketua kampung telah memintanya pulang semula ke pangkuan suami.

Rakam video, hantar dekat suami..

Menurut sumber, walaupun sering didera tetapi Ayesha mengakui sangat sayang dan cintakan suaminya itu. Setelah sekian lama bersabar, Ayesha akhirnya tidak mampu bertahan dan membuat keputusan untuk membunuh diri. Pada 25 Februari 2021, Ayesha sempat merakam video terakhirnya dan dihantar kepada suami dan keluarga sebelum bertindak melompat dari jambatan dan terjun ke dalam sungai terbabit. Dalam video berdurasi hampir 2 minit itu, Ayesha meluahkan segala perasaan yang terpendam selama ini.

Hello, Assalamualaikum, aku Ayesha Arif Khan. Apa yang aku lakukan sekarang, aku lakukannya tanpa paksaan. Apa yang ingin aku katakan sekarang, Tuhan memberikan aku hidup hanya setakat ini dan hidup yang singkat ini sangat aman. Aku mencintai Aarif. Kalau dia mahukan kebebasan, aku akan biarkan dia bebas. Apa-apa pun, hidup aku berakhir di sini. Aku gembira dapat berjumpa Allah.

Susulan daripada video yang diterima, keluarga Ayesha telah menghubungi pihak polis. Malah, sebelum kejadian itu juga, Ayesha dikatakan telah menghubungi suaminya mengatakan dia akan sentiasa berada di samping suaminya itu. Tetapi Aarif telah memarahi Ayesha dan mengatakan lebih baik jika isterinya itu mati. Tidak cukup dengan itu, Aarif juga memberitahu isterinya untuk menghantar video bunuh diri sekiranya ingin mengakhiri hidup.

Tulis surat untuk suami..

Selepas hampir 2 minggu berlalu, peguam Ayesha iaitu Zafar Pathan telah mendedahkan satu surat yang ditulis oleh mangsa dan ditujukan khas buat suaminya. Dalam surat tersebut, Ayesha memberitahu dia telah dikurung oleh Aarif di dalam bilik selama empat hari tanpa diberi makan. Bukan itu sahaja, layanan Aarif juga telah menyebabkan anak dalam kandungannya meninggal dunia.

Sayangku Aarif, saya kecewa bila awak kaitkan nama saya dengan Asif. Dia adalah kawan baik dan abang saya. Saya tak pernah membantah awak tapi awak dah hancurkan dua nyawa. Saya tidak bersalah tetapi kelakuan dan perangai awak yang menghancurkan segalanya.

Ayesha juga mendapati suaminya itu menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Perkara ini membuatkan Ayesha semakin kecewa selain mahu mengakhiri hidupnya. Pihak polis kini sedang mengumpul bahan bukti untuk tindakan selanjutnya.

Berita Penuh :https://ohbulan.com/rakam-video-luah-rasa-cinta-hantar-kepada-suami-sebelum-bunuh-diri-penemuan-surat-bongkar-segalanya

COMMENTS

Wordpress (0)