Trafik ke Pantai Timur mulai sesak

Trafik ke Pantai Timur mulai sesak. Aliran trafik sesak berikutan peningkatan kenderaan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitter jam 1.15 tengah hari melaporkan aliran trafik sesak bermula dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke Tol Plaza Gombak menghala Kuantan.
Kesesakan sepanjang 7.4 kilometer (km) turut dilaporkan berlaku dari Tol Plaza Gombak hingga ke KM27.2 menghala Kuantan.
Selain itu kesesakan juga berlaku sepanjang 12.6 km dari KM30.8 hingga KM43.4 menghala ke Kuantan (Gombak ke Bukit Tinggi).
Mereka yang akan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak diminta merujuk Twitter @LPTTrafik untuk maklumat terkini keadaan lalu lintas atau hubungi talian 09-547 9111 / 1700-818-700
11.00am : Keadaan terkini di Tol Plaza Gombak hala timur. Awasi jarak kenderaan anda dan selamat memandu.@LLMinfotrafik pic.twitter.com/eUij8nsliI
— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) January 29, 2022
11.41am🔹[email protected] : Status trafik semasa;
▪Sesak dari MRR2 ke Bukit Tinggi (kesan kemalangan KM 40 arah Kuantan), lorong kanan & tengah terhalang.
Hati-hati memandu. pic.twitter.com/WIf5O5v296— LLM Trafik 🇲🇾 (@LLMinfotrafik) January 29, 2022
10.54am🔹[email protected] : ⚠️ Terdapat kemalangan lori kontena & kereta di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi (KM 40 arah Kuantan). Lorong kanan & tengah terhalang.
▶Trafik sesak 20.5 km dari MRR2 ke Bukit Tinggi.
Hati-hati memandu. pic.twitter.com/cqTPRaAqq8— LLM Trafik 🇲🇾 (@LLMinfotrafik) January 29, 2022