TPM : Tiada MT Umno ucap tahniah kepada Ismail Sabri, kata Tajuddin

TPM : Tiada MT Umno ucap tahniah kepada Ismail Sabri, kata Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman mempersoal tindakan pemimpin tertinggi parti itu yang tidak menzahirkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Katanya, perbuatan sedemikian seolah-olah pucuk pimpinan parti itu tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

“Tiada siapa (MT Umno) ucap tahniah pada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi TPM. Kita tak ucap terima dan tahniah.

TPM

“Tengok dalam kumpulan ketua bahagian (Umno), berapa ramai ketua bahagian ucap tahniah, tahniah, tahniah.

“Adakah kita abaikan, mengabaikan sambutan daripada ketua bahagian, saya nak tanya awak tak setuju, tapi di bahagian sana-sana, di luar saja bahagian ucap tahniah.

“Bermakna apa, mereka gembira, kita tak gembira. kalau kita kata kekuatan Umno terletak pada ketua bahagian, baca ini dulu,” katanya dalam satu rakaman suara yang tular.

‘Entah-entah sekarang kerajaan Ismail Sabri’

Audio yang turut dikongsikan Menteri Wilayah Annuar Musa di Facebooknya itu dikatakan berlangsung ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada malam 7 Julai lalu.

Terdahulu pada sebelah petang 7 Julai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melantik Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai menteri kanan yang baru dan akan mengambil alih tugas kluster keselamatan yang dikendalikan Ismail sebelum ini.

Selepas pengumuman itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini telah membuat ketetapan menolak tawaran bagi jawatan itu.

“Majlis Kerja Tertinggi Umno telah putuskan untuk tidak terima jawatan TPM jauh sekali untuk melobi,” katanya di Facebook pada 7 Julai.

Bagaimanapun bekas perdana menteri, Najib Razak dalam satu hantaran di Facebooknya pula mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Tajuddin ketika mesyuarat majlis tertinggi itu mengingatkan pemimpin Umno bahawa parti itu kemungkinan kerajaan sekarang boleh menjadi kerajaan Ismail Sabri.

“Kerajaan sekarang bukan kerajaan Muhyiddin, entah-entah kerajaan Ismail Sabri.

“Kerajaan Ismail Sabri ‘look’ biar dia buat kerja, ‘we deliver’ saya ingat Muhyiddin pun akan memberikan tugas lebih banyak kepada Ismail Sabri.

“Dan ini masa Ismail Sari nak tunjukkan Umno ini yang menguasai kerajaan, yang membela rakyat, yang membela parti,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/582809

BACA JUGA : Panas !!! Annuar Musa dedah gambar Zahid bertemu Saifuddin Nasution