TPM : Negara mampu beralih fasa 2 PPN awal ogos

TPM : Negara mampu beralih fasa 2 PPN awal ogos

Negara mampu beralih fasa 2 PPN awal ogos. Seluruh negara mampu beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) awal Ogos sekiranya negara kekal berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan itu juga bergantung kepada tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN termasuk kadar vaksinasi lengkap dua dos melepasi nilai ambang 10%.

“Prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi petunjuk bahawa kadar vaksinasi lengkap dua dos telah melepasi nilai ambang 10% yang ditetapkan untuk negara beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

negara

“Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10% populasi pada akhir bulan Julai ini.

“Sekiranya perkembangan positif ini berterusan, seluruh negara mampu beralih ke Fasa 2 pada awal bulan Ogos seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa 2 setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam kenyataan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/14/negara-mampu-beralih-ke-fasa-2-ppn-awal-ogos-kata-tpm/

BACA JUGA : Sekarang bukan masa untuk berpolitik – TMJ