TPM : Ismail Sabri ucap terima kasih atas sokongan Zahid

Oleh MHDAILY

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan ini.

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan Presiden UMNO, YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.

Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

Lantikan ini bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika kita menghadapi Pandemik COVID-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
7 JULAI 2021

Sumber :

Ismail Sabri

BACA JUGA : Pas ucap tahniah atas pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM