TPM : Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri

TPM : Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta.

Mohamed Azmin juga menyatakan keyakinan bahawa kestabilan negara dan kemakmuran rakyat dapat dicapai melalui usaha secara kolektif.

“Saya yakin kestabilan negara dan kemakmuran rakyat adalah usaha kita bersama. Teguh kita menang bersama,” katanya dalam kenyataan melalui Twitter.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

“Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/836749/azmin-ucap-tahniah-kepada-ismail-sabri

BACA JUGA :Bank nak ‘blacklist’ pun biarlah, janji anak isteri boleh makan