Toyota Alphard di Malaysia jadi kereta menteri, di China jadi ‘kereta mayat je

Amat dikenali sebagai simbol prestij dan status di Malaysia, model Toyota Alphard sering dianggap sebagai lambang kebanggaan

Bagi sesetengah individu. Pengguna atau pemandu MPV ini biasanya menikmati layanan istimewa di mana sahaja mereka pergi.

Namun, realitinya berbeza di China, di mana model Toyota Alphard digunakan sebagai ‘kereta mayat’ oleh penduduk tempatan, walaupun MPV ini terkenal sebagai kenderaan VIP.

Toyota Alphard di Malaysia jadi kereta menteri, di China jadi ‘kereta mayat je

Berdasarkan carian The Vocket, gambar-gambar ini mula tersebar pada hari Sabtu lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dari China. Banyak netizen menunjukkan kejutan mereka melihat kemewahan MPV ini yang diubahsuai menjadi kereta mayat.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan, kita dapat melihat bahawa saiz Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, dilengkapi dengan dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat penumpang) dan satu ruang panjang untuk membawa sebuah keranda.

Baca Artikel Penuh