Tokoh korporat melayu mula hubungi Steven Sim untuk sama membantu

Semalam saya mendapat panggilan daripada seorang tokoh korporat terkemuka negara yang menyatakan hasrat untuk bersama-sama membantu keluarga susah di Bukit Mertajam.

Saya begitu terharu apabila beliau berkata akan memberi dana kepada program kebajikan saya.

Saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada Datuk Seri Kalimullah Hassan atas kemurahan hati beliau. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasanya.
Kasih sayang tidak mengenal warna kulit, agama dan fahaman politik.

Yang dibantu ada Melayu, Cina dan India. Yang membantu ada Melayu, Cina dan India. Dan sudah tentu ada saudara saudari kita dari Sabah dan Sarawak.
我们都是一家人 – kita semua satu keluarga.

Sumber:https://www.facebook.com/StevenSimCK/posts/5321583994579339

COMMENTS

Wordpress (0)