Tok Mat enggan layan samaada Pas mahu teruskan atau tidak dengan MN

Oleh MHDAILY

Pemimpin tertinggi Pas pada Jumaat senada menegaskan gabungan tiga parti iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu kekal bersatu di bawah payung Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan yang dibuat itu dilihat tidak selari dengan keinginan UMNO untuk bergerak sendiri atau bersama Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika dihubungi bagi menyatakan pendirian UMNO selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan pendirian sama, sebaliknya enggan mengulas lanjut.

Baca Artikel Penuh