TMJ ‘terjah’ padang lawat team latihan harimau malaya

TMJ terjah padang lawat team latihan harimau malaya

TMJ ‘terjah’ padang lawat team latihan harimau malaya. Skuad Harimau Malaya mendapat motivasi terbaik sebelum berdepan Thailand apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat sesi latihan mereka di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, sebentar tadi.

Kehadiran Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) kira kira jam 5.45 petang itu disambut barisan kepimpinan FAM diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum beliau turut berkenan menghadiri sesi taklimat di bangunan badan induk itu.

Turut mengiringi beliau adalah Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

TMJ 'terjah' padang lawat team latihan harimau malaya

Tunku Ismail berkesempatan meluangkan masa lebih setengah jam ‘memantau’ sesi latihan skuad kebangsaan yang dalam rangka persiapan untuk mengharungi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Kim Pan Gon mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas membenam Singapura 4-1 di laman sendiri, kelmarin.

Menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A, Thailand.

Vietnam pula akan menentang naib juara Kumpulan A, Indonesia.

BACA JUGA :

Sabah bergolak lagi, cubaan tukar Ketua Menteri temui jalan buntu

Gadis Russia buka cerita caranya curi masuk panjat Menara 118, “saya menyamar..”

Penampilan Iman Troye buat peminat terbayang sesuatu

CATEGORIES