Kipas yang berhabuk, baik kipas siling mahupun kipas berdiri, memang menyakitkan mata.
Alat ini perlu dibersihkan secara berkala, jika tidak, ia boleh menjejaskan kelajuan dan fungsinya.
Namun, ada cara mudah untuk mencegah debu daripada melekat pada kipas, terutama pada bahagian bilah dan jaring, sekaligus mengurangkan frekuensi pembersihan.
Dengan tip mudah ini, anda boleh menjaga kipas supaya bersih selama dua hingga tiga bulan tanpa perlu sentiasa bersihkan!
Yang paling menarik, bahan yang digunakan sangat mudah dicari dan cara pembuatannya juga sangat ringkas.
Tip ini dikongsi oleh seorang netizen di Facebook, dan berikut adalah langkah-langkahnya:
Bahan-Bahan Untuk Semburan:
Cuka makan
Pelembut fabrik
Botol penyembur
Langkah-Langkah Untuk Elak Habuk Melekat Pada Kipas:
Bersihkan kipas seperti biasa, pastikan bilah dan jaring kipas bebas dari debu.
Campurkan bahan-bahan iaitu cuka makan, pelembut fabrik, dan air dengan nisbah 1:1:1.
Kacau rata campuran tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur agar lebih mudah digunakan.
Semburkan campuran tersebut secara rata pada bilah dan jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit, kemudian lap semula dengan kain lembap.
Keringkan kipas. Setelah kering, kipas anda akan bebas dari habuk dan boleh digunakan seperti biasa!
Ulangi proses ini 2 atau 3 bulan sekali, supaya kipas kekal bersih tanpa habuk yang melekat. Tak perlu risau lagi kipas penuh debu sepanjang tahun!
BACA: Penganalisis gelar Perikatan Nasional ‘munafik melampau’, ini sebabnya
1 thought on “Tip nak elak Kipas anda berhabuk guna 3 bahan ni”